بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..
Berkat usaha & komitmen sahabat-sahabat semua..
Program akhir semester 7 bersama sahabat-sahabat sekelas akhirnya terlaksana juga
even ada sedikit masalah-masalah kecil yang timbul..
Dan juga dalam fatrah untuk menghadapi final exam
Dan juga dalam fatrah untuk menghadapi final exam
Kami harungi juga..
JazakaAallahu Khairan Kathiran ^_^
Puisi Buat Sahabat
Sahabat..
Kau datang dari pelbagai negeri
Pelbagai bahasa serta loghat
Juga punya pelbagai ragam
Dan kita juga ditempatkan di kelas yang sama
Sahabat
Di sinilah aku mengenal erti sebuah persahabatan
Engkau temani hari-hariku
Tika suka mahupun duka
Aku lalui hari-hari bersamamu
Sahabat
Masih ingatkah waktu kita bergurau senda
Namun apakah ia akan berulang kembali?
Adakah kita akan selalu bersama?
Persahabatn kita akan ku pahatkan dalam ingatan
Sahabat
Namun kini kita terpisah dek ruang dan waktu
Segala memori dan ingatan
Akan terusku kenang dalam ingatan ini
Semua tentang kamu
Sahabat
Andai perkenalan ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi
Ikhlas dari Diela Rahim
Ikhlas dari Diela Rahim
Semoga sahabat-sahabat semua berjaya di dunia n akhirat serta mencapai Mardahatillah.
Mohon maaf andai diri ada salah silap samada sengaja ataupun tak sengaja sepanjang perkenalan kita..
Terima kasih atas pertolongan anda semua
Mohon maaf andai diri ada salah silap samada sengaja ataupun tak sengaja sepanjang perkenalan kita..
Terima kasih atas pertolongan anda semua
Ukhwah fillah till jannah..
Moga kita berjumpa lagi
InsyaAllah..
Hanya mampu share moments & gambar-gambar yang akan dikenang sebagai kenangan
BBA 2 terbaik..Sweet Memories |
No comments :
Post a Comment