Thursday 30 January 2014

Semua di Tangan Tuhan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum



~✿ JODOH, DI MANA JODOHKU? Kenapa aku masih lagi BERSEORANGAN..tiada sesiapa di sisi, tiada jodoh yang mahu muncul lagi..KENAPA? kenapa jalan hidupku masih belum ditemukan lagi. . . ✿~

>>> Kini, aku SEDAR..ya, mungkin Allah tidak memberikan aku jodoh lagi kerana mungkin aku BELUM CUKUP KUAT, BELUM CUKUP BERSIAP untuk menerimanya..atau mungkin juga terlalu BANYAK DOSA dan KESALAHAN yang telah aku lakukan..aku perlu MEMBETULKAN DIRIKU terlebih dahulu, aku harus memperbaiki diriku untuk menjadi seorang yang cukup sedia untuk menerima siapa jua BAKAL JODOHKU, BAKAL SUAMIKU kelak..♥♥
 
 
Contengan : Copy n paste..mesti ramai muslimah di luar sana risau akan perkara ini.. Semua ini terletak di tangan Tuhan..Biar takdir yg menentukan..Sabar dan banyakkan berdoa..

SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday 29 January 2014

O.D.O.J Awesome ^^

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T
Alhamdullillah..
Aku masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat semua^-^
Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya tentang tajuk entry kali ini..
O.D.O.J??? 
What's meaning?
Untuk pengetahuan sahabat semua O.D.O.J stand for One Day One Juzu' ^-^
That's mean kita khatam Al-Quran 30 juzu' dalam masa sehari mengikut kumpulan..Dan setiap ahli dalam group O.D.OJ akan diberi satu juzu' untuk dibaca..
Serupa dengan majlis kita khatam Al-Quran beramai-ramai sewaktu di hostel dulu^-^
Tapi yg interesting O.D.O.J ini.. Kami hanya menggunakan talian Whatssap untuk berhubung..
 
 
Memang teknologi dunia sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..Banyak perkhidmatan dan alat-alat yang canggih dicipta..
Terutama bidang komunikasi sekarang..
Tidak salah kalau Sahabat-sahabat gunakan perkhidmatan seperti Whatssap ini sebagai medan dakwah atau ilmu..
 
 
Gunakan nikmat yang diberi dengan bermanfaat dan bukan sebaliknya..
Kami tubuhkan satu group khas untuk O.D.OJ ini..dan sebarang kemusykilan akan dipost di dalam group..Begitu juga pergerakan dan perkembangan ahli group untuk pembacaan juzu' yg diberi..
 
 
 
Sekiranya ahli group sudah habis membaca juzu' yg ditaklifkan.. Dia hendaklah memberitahu ke dalam group untuk admin update.. Jika ada ahli yg makzurah mereka hendaklah memberitahu agar ada ahli lain yg volunteer untuk menggantikannya..Ahli yg makzurah itu juga diharuskan untuk membaca tafsir pada juzu' yg ditaklifkan.
 
 
 
Pukul 10 pm masa untuk menghabiskan juzu' setiap hari..Bagi ahli yg lewat akan didenda dengan mengepost tazkirah pendek atau hadis daripada riyadhussolihin.. Bila admin update semua ahli sudah menghabiskan juzu' masing-masing, dan doa khatam Al-Quran boleh dibaca bersama-sama..
Jadi kami dapat target setiap malam khatam satu juzu' sama-sama dalam kumpulan..dan setiap ahli group akan mendapat juzu' yg berbeza dengan hari-hari  berikutnya..
 
 
Menurut admin group O.D.O.J..
O.D.O.J adalah support  group untuk semua orang yang ingin menghidupkan kecintaan kpd Allah dengan membaca Al-Quran dan mentadabburi ayat-ayatNya..Selain itu, ahli- ahli O.D.OJ adalah dialu-alukan untuk saling menyokong ahli lain dalam mencapai kecintaan kepada Allah ini..
Di samping itu juga, penggunaan emoji dan galakan-galakan positif amat berguna untuk sama-sama memotivasikan ahli O.D.O.J yg lain. 
 
 
Yang penting kita kena betulkan niat^-^
Ikhlas kerana Allah..Kita nak bersihkan hati kita..Kita nak lembutkan hati kita dengan Al-Quran..Kita nak jadikan Al-Quran habit kita..hingga jika kita terleka dari Al-Quran kita rasa gelisah ..Seperti mana kita akrab dengan solat,kita juga mahu akrab dengan Al-Quran..InsyaAllah..
 
 
Gruop O.D.O.J yg aku sertai ini kullukum minnal akhawat..Sahabat ikhwan juga boleh create group sebegini^-^..
Tidak kisah la..pelbagai cara sahabat semua boleh lakukan untuk kita dekat dengan Al-Quran..Pakat dengan sahabat-sahabat kalian..InsyaAllah..


SYUKRAN JAZILAN =)

Tuesday 28 January 2014

10 Perkara Yang Dibazirkan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T
 
Alhamdulillah...
Dapat lagiku meneruskan ruang wadah yg indah ini..
Hari ini aku ada membaca satu tip dalam sebuah artikel..
Sangat bermanfaat kepada kita semua..Tanpa kita sedari..Ada perkara yg kurang baik kita lakukan..
Entry kali ini..
Peringatan buatku juga buat sahabat-sahabat semua..
Jom kita tengok tip apakah itu^-^
10 PERKARA YG DIBAZIRKAN
1) ILMU : Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya.
2) AMALAN : Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas.
3) HATI : Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasul.
4) HARTA: Dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah.
5) CINTA : Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah.
6) MASA : Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
7) ZIKIR : Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.
8) TUBUH BADAN : Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.
9) KEPINTARAN : Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaanNYA.
10) KESIHTAN : Dibazirkan dengan nikmat sihat sebelum sakit.

Contengan: Harap-harap kita dapat mengubah kekurangan diri kita menjadi lebih baik..InsyaAllah ^^

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday 24 January 2014

Hasbunallah wa ni'mal wakil

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Asaalamua'laikum W.B.T


Pertama sekali, kita hendaklah selalu mengucapkan rasa syukur kepadaNya atas nikmat yg dikurniakan..Alhamdulillah..
Sedikit perkongsian tentang apa yg telah ku baca dari sebuah buku..
 
Menyerahkan urusan kpd Allah,bertawakal kpdNYA, yakin dgn janjiNYA, kita juga redha terhadap ketentuanNYA, berprasangka baik kpdNYA, selalu menantikan jalan keluar dariNYA adalah buah iaman paling utama dan juga sifat muslim yg mulia...
"Ketika manusia yakin akn  mendapat kesudahan yg baik serta bergantung kpd Allah dlm setiap urusan, ia akn mendapat pemeliharaan, perlindungan,sokongan,kecukupan, serta pertolonganNYA"

Teringat satu kisah pada zaman dahulu..Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api yg marak menyala..Lalu dia berkata " Hasbunallah wa ni'mal wakil"( Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik tumpuan)
Dan ketika itulah Allah telah memberikannya kesejukan hawa dingin dan keselamatan..MasyaAllah..Hebatnya kuasa Allah..
 
Manusia tidak boleh menghadapi ujiaan, dugaan,musibah bersendirian kerana ia makhluk yg lemah dan tidak berdaya..
 
Namun bila kita bersandar dan mempercayai Tuhan..Yakin kpdNYA dan menyerahkan urusan kpdNYA.. InsyaAllah..pertolongan Allah akn tiba..
 
Jika tidak..apakah yg boleh dilakukan oleh hamba yg lemah lagi hina ini ketika ia ditimpa musibah?
 
Sahabat-sahabat..bertawakallah kpd Allah..Tuhan yg Maha Kuat, Maha Kaya agar Dia menolong kita dari pelbagai cubaan dan ujiaan..
 
Jadikan  Hasbunallah wa ni'mal wakil sebagai simbol dan slogan kita..berdoalah"Hasbunallah wa ni'mal wakil"... 
 
 jika harta kita sedikit,hutang kita banyak, pendapatn kita berkurang, hidup kita tidak tenteram, sakit berpanjangan, takut kpd musuh, bimbang dengan cubaan yg mendatang..
Ucapkanlah..
"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
 
 
 
 Contengan:Terima kasih atas karya " Kenapa Aku Di Uji" atas ilmu yg bermanfaat ini.. Alhamdulillah ^-^

SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday 23 January 2014

Mencari Muslimah Sejati

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T
MENCARI  MUSLIMAH SEJATI

Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu mententeramkan jiwa

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa 


Aku cuba menghayati lirik lagu yang selaluku dengar yang didendangkan oleh penyanyi Indonesia, Oki Setiana Dewi. Pertama kali aku mendengar lagu ini sewaktu program Bicara Siswi yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM) di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Aku mula tertarik dengan bait-bait yang dinyanyikannya. Baru aku sedari lirik lagu ini mempunyai makna tersurat dan tersirat. Ya Allah, tinggi sungguh nilai seorang insan yang bergelar muslimah ini.

Selama ini kita hanya tahu muslimah itu adalah seorang perempuan yang beragama Islam berakhlak mulia dan melakukan perintah serta suruhanNya. Melalui apa yang aku baca daripada novel Salju Sakinah karya Zaid Akhtar  yang aku pinjam daripada sahabatku, pelbagai definisi dan makna daripada perkataan muslimah ini.  

·         Seorang muslimah bermakna kita perlu menjadi seorang wanita Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman, malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.
·          Seorang mukminah bukan sekadar beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada rasul-rasul, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada hari Kiamat, dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Hakikat iman yang sebenar ialah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dalam hati, dan beramal dengan anggota badan.
·         Seorang mujahidah adalah seorang wanita yang berjihad dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.
·         Seorang muslihah adalah seorang wanita yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat dan masyarakat.

Teringat aku akan satu hadis yang aku dengari dalam sebuah rancangan televisyen daripada seorang ustazah. Hadis berbunyi: Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah. Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..” (riwayat al-Tabrani).

Ya..Memang benar! Sungguh tinggi darjat seseorang wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Wanita yang menjaga suruhannya. Tapi alangkah sedihnya masih ada segelintir wanita yang terpesong daripada landasannya. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi diri wanita dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. Insyaallah. Hati kecilku berbicara.

Nilai dan maruah seorang muslimah itu dan tidak hanya dibeli dengan wang ringgit mahupun harta seantero dunia. Muslimah itu banyak peranannya. Selain menjadi perhiasan dunia malah penting buat kaum Adam dalam melayari bahtera rumah tangga kelak. Hanya wang mahar sebagai syarat untuk memperisterikan seorang muslimah ini. Tidak ketinggalan juga masih ada insan yang  bermaharkan hanya senaskah Al-Quran sebagai tanda pemberian yang bernilai dan berfaedah daripada si suami kepada isteri kerana akad nikah. Hikmah Islam tidak menggalakkan menetapkan kadar mahar yang tinggi kerana ia boleh menimbulkan kesulitan kepada  bakal suami.Selain itu, akan menyebabkan ramai gadis yang tidak berkahwin serta akan  menimbulkan masalah kahwin lari.

Aku melihat sekeliling persekitaran kampusku. Ramai sungguh kaum Hawa jika hendak dibandingkan dengan kaum Adam. Hampir 70 peratus adalah kaum wanita. Memang tidak dinafikan lagi, hampir keseluruhan institusi pengajian majoritinya adalah kaum Hawa. Aku masih teringat pensyarahku pernah berkata sewaktu didalam kuliah dahulu. Mungkin purata seorang lelaki di universiti ini boleh dinisbahkan dengan empat orang wanita jumlahnya. Cukuplah untuk dibuat isteri. Masing-masing hanya tersenyum. Susah juga bila mereka hendak membuat pilihan. Mencari yang sesuai dan memenuhi citarasa masing-masing. 

Lazimnya, pelajar-pelajar di tempat pengajianku memang mudah untuk dicari yang bertudung labuh. Ada yang nampak qanaah serta zuhud. Menjaga tingkah laku serta pergaulan mereka.Adakah ia digelar muslimah sejati? Alangakh indahnya jika digelar muslimah sejati. Layakkah aku untuk mendapat gelaran itu? Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya itu hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik. Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

      Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari kebolehan berbahasanya, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah dengan kebenaran. Berdasarkan ayat 31, surah An Nur, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". 

Tiba-tiba aku terdengar suara seorang muslimah yang berbual dengan seorang kaum Adam. Mungkin membincangkan mengenai tugasan mereka. Aku pernah membaca sepotong ayat daripada surah Al Ahzab ayat 32. “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. Ciri-ciri muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Aku memerhatikan lagi. Manis sungguh si tudung labuh. Nampak lebih sempurna apabila digayakan dengan jubah kosong yang rekaannya hanya biasa sahaja. Aurat tertutup sempurna. Ada juga yang bertudung bawal biasa. Mengikut fesyen peredaran zaman. Berselendang dan ada juga yang menggayakan pelbagai pakaian seperti fishtale dan sebagainya .Pelbagai gelagat serta ragam yang aku lihat. Oh dunia fanaku. Peliharalah hamba-hambamu ini dari kemungkaran serta bimbinglah kami semua ke sirotulmustaqim.Ameen.

 Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan. Bagi seorang yang bergelar muslimah sejati, bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya ,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. 

Siapakah yang memiliki ciri-ciri seperti itu?Bolehkah aku  menjadi seperti itu ? Seorang insan yang bergelar muslimah sejati? Mampu dan layakkah aku Ya Allah. Begitu banyak persoalan yang bermain di benak fikiranku. Tiba- tiba bahuku disentuh oleh seseorang. Rupa-rupanya sahabatku Hikmah. Terus aku bertanya soalan padanya. “Layakkah kita digelar muslimah sejati? Muslimah yang mulia disisi Allah SWT. Siapakah yang ada ciri-ciri sebegitu sahabatku?”.Lalu Hikmah memberikan aku sebuah buku. “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti. Insyaallah..kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”.kata Hikmah dengan penuh hikmahnya.Sesuai dengan namanya. Aku pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. Lalu aku terbaca sepotong hadis “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

“Sudah tu, mari kita ke kelas. Nanti terlewat pula.” Ujar Hikmah kepadaku. “ Baiklah.Mari. Terima kasih ya Hikmah atas buku ini dan aku akan mencuba dan berusaha menjadi seorang muslimah sejati. Insyaallah”. Kami berbual sambil kaki menuju ke kelas.



p/s: Harap karya ku ini diterima..Diri ini masih belajar dan berusaha untuk mencuba menceburi bidang penulisan..InsyaAllah..Doakan ^-^

SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday 16 January 2014

Rindu Itu Kurniaan Tuhan

Views

بسم الله  الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T


Bicara tentang rindu... 
Ada apa tentang rindu..
Semua perkara kita boleh rindu..
Kita tak boleh halang & lari dari  perasaan tu...


Artikel dari Halaqah.net :
Para pejuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

 
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan
Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan
 p/s: Hendak rindu pada insan lain boleh..Jangan berlebihan sudahlah...Rindulah pada kedua ibu bapa kita sebab rindu tu kurniaan dari Allah =)

SYUKRAN JAZILAN =)

Menjadi Diriku

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T
 Alhamdulillah..aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan wadahku ini...Tertarik dengan lirik nasyid Menjadi Diriku by Edcoustic...


Kekurangan pada diri??
Jangan kita bersikap lemah & malu dengan kekurangan diri kita...
Tidak ada seorang pun diantara kita yg sempurna kerana kesempurnaan itu milik Allah.. 
Even kita sedar & orang lain pun sedar diri kita memiliki kekurangan...  
Tetapi kita mampu untuk berusaha mampu menjadi yg terbaik....
Kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada sebab itu semua anugerah dari Allah..
Jadilah realiti diri kita yg sebenar & sayangilah dia....
 Jim kit hayati lirik lagu ini..Walaupun pendek tapi bermakna...
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

 Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki





SYUKRAN JAZILAN =)

Puisi Jodoh Dan Takdir

Views
 بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamua'laikum W.B.T
Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang insan di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan  



SYUKRAN JAZILAN =)

#Redha

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T


Ya Allah..Hati ini gusar..Berikanlah ketenangan pada diri ini..Mungkin ini takdir yg sudah tertulis buatku.. Memang berat utk aku laluinya..Aku kena terima dgn Redha..
Mungkin Allah sudah beri petunjuk pada diriku..Dia bukan milikku..Aku kena kuat..Lupakan apa yg sudah berlaku..Mungkin selepas aku kena lebih fokus pada future..

Kita hanya mampu merancang..perancangan Allah adalah yg terbaik..Biarlah Allah yg tentukan segala-segalanya..


JODOH itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita...:')

Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya..InsyaALLAH...




SYUKRAN JAZILAN =)

Syukuri nikmatnya

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum W.B.T

Wadah kali ini sebagai peringatan untuk diriku & kita semua..Pagi tadi ada dengar tazkirah dalam rancangan tv..Diri ini sudi berkongsi sedikit ilmu untuk kita semua^-^
Dalam setiap perkara di dunia, kita sering terlupa dan lambat menyedari akan nikmat Allah yang patut disyukuri. Ketika nikmat itu menghilang, barulah kita menyesal. Sesalan yang paling kesal adalah ketika kita menyesali nikmat UMURdan KESEMPATAN berbuat baik, sedangkan diri kita sudah dihadapkan dengan kematian. 

"...hingga sa'atnya kematian datang, seseorang di antara kamu meminta. 'Duhai Rabb kami, tangguhkanlah ajalku walaupun sebentar. Aku akan berbuat baik dan mahu bersedekah.' Namun kata Allah, 'Terlambat'. Kalau kematian sudah datang, tidak dapat lagi ditunda..."
(Al-Munaafiqun : 10-11)


Manfaatkanlah WAKTU sebaik mungkin, untuk beribadah kepada Allah dan BERBUAT BAIK kepada makhlukNya, mudah-mudahan Allah menyatukan kita, mempertemukan kita dalam satu keluarga yang berkumpul di syurgaNya kelak. Aamiin...

SYUKRAN JAZILAN =)

Cinta Berkawan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum W.B.T





Alhamdulillah..Wadah ini dapat diisi lagi..
Berkongsi sedikit lirik lagu untuk sahabat semua..
 banyak makna yg tersirat & tersurat di dalamnya..

Seutas tali memadu simpul tawamu duhai kawan
Simpulnya jatuh dipelupuk nurani yang tertambat cinta
Cinta berkawan bersama nikmati semusim masa
 
Disela kehangatan berkawan adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan penuh harapan
Andai saja slalu bersama setiap masa sehati
 

Suratan Tuhan kita disini menapaki cerita bersama
Cinta berkawan karna sehati dalam kasih Illahi
Tepiskan hal yang berbeda agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..


SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday 15 January 2014

Zikrullah

Views

Perasaan itu,
Apabila kita berhadapan dengan masalah..
Hati hendaklah mengingati Allah.

Allahu Allah.

*Allah Maha Mendengar, jangan pernah berputus asa untuk memohon kepadaNya.
  Allah Maha Mengetahui, jangan pernah lupa untuk memohon petunjukNya.
  dan Allah Maha Berkuasa, jangan pernah letih untuk berharap padaNya.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
::Surah Ar-Ra'd, ayat 28:: 

SYUKRAN JAZILAN =)

Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidul Rasul

Views

Assalamuaikum W.B.T


Alhamdulillah..Syukur kehadrat illahi..Aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini.
Dan aku masih lagi berpeluang meneruskan entri baru bersama laman blog yang baru..
Alhamdulillah..

Hari ini 12 Rabiul Awal 1435 hijrah, hari bersejarah bagi seluruh Muslimin dan Muslimat seluruh dunia.Peristiwa kelahiran atau keputeraan nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Atau lebih dikenali sebagai Maulidul Rasul...

Hari  memperingati tentang nabi kita yang mulia sebagai khalifah Allah untuk umatNya..Samada jasa serta pengorbanan Islam demi menegakkan agama serta ajaran Islam..
Alhamdulillah..Aku menyambut Maulidul Rasul di rumah dengan bersedarhana sahaja..
Bacaan Yassin serta memperbanyakkan berselawat keatasNya..
Masih teringat zaman persekolahan dahulu..Disambut dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi junjungan Mulia..
Begitu Meriah..Sambil membuat bacaan Yassin serta solat hajat berjemaah..
Pernah juga aku menyertai perarakan Sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri ketika STAM dahulu..
Pengalaman pertama yang tak dapat ku lupa..
seronok serta penghayatan program sebegitu dapat disampaikan dengan baik..
Alhamdulillah..

Rasa sukacita hati ini bila ingin berkongsi kisah mengenai Maulidul Rasul ini yang dipetik daripada satu link ini:

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 
 Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia


p/sAyuh kita teruskan berselawat keatas Nabi...Banyak fadilatnya..Ingatlah segala pengorbanan beliau serta contohi peribadinya..Salam Maulidul Rasul semua ^-^
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

SYUKRAN JAZILAN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...