Tuesday 26 August 2014

::3B::

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..Aku masih terus menghidupkan ruang di entry ini..
Bercerita sedikit mengenai blog.Sememangnya aku meminati dunia penulisan serta teknologi ini.
Terutamanya blog yang mana ianya juga merupakan salah satu medium jaringan sosial untuk berkomunikasi serta terus berhubung antara satu sama lain.
Lagipun kos yang aku pelajari sekarang pun related dengan dunia teknologi.
Alhamdulillah..Allah sudah susun atur yang terbaik buat diriku.
Aku mula mengenal blog semenjak aku memasuki dunia universiti pada semester 1 lagi.
Sehinggalah semester ini, ada sahaja assignment yang memerlukan kepada penciptaan blog.
Dan aku amat meminatinya ^_^
Aku menulis di dalam blog ini bukan sahaja sebagai meminatinya.Aku ingin menulis dan berkongsi sesuatu yang baru serta bermanfaat kepada sahabat semua.Blog ini juga sebagai medium untuk menyampaikan ilmu.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:
Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat
Dan aku masih lagi belajar di dalam dunia blogger ini. Bukan niat dihati untuk menjadi blogger terkenal.Tetapi mahu menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada sahabat...
Masih banyak lagi aku perlu belajar dan berusaha di dalam dunia ini
Mudah-mudahan sahabat-sahabat blogger serta yang lain dapat membantuku jika ada kekurangan serta kelemahan..
Dan aku hanyalah 3B...Budak Baru Belajar ^_^



SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday 24 August 2014

Dhiya's First Giveaway

Views
Assalamualaikum wbt

Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.

Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalamgiveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)

Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 

Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya 

SYUKRAN JAZILAN =)

Saturday 23 August 2014

GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE

Views

بسم الله الرحمن الرحيم
AssalamualaikumWBT

Jom support!!
Klik pada banner untuk tahu lebih lanjut =)






Mengapa anda rasa layak menang dress dari Ariescape Shoppe?

 Saya rasa saya layak kerana ini adalah giveaway pertama yang saya sertai.Saya ingin mencuba nasib dalam menyertai giveaway dari Ariescape Shoppe ini. Tambahan pula. saya ingin menambah koleksi dress saya kerana saya baru hendak berjinak-jinak dengan berpenampilan dengan memakai dress. Lagipun koleksi serta design daripada Ariescape Shoppe cantik dan sesuai dengan peredaran zaman sekarang.








SYUKRAN JAZILAN =)

Friday 22 August 2014

Artikel Kedua Sudah Menyusul

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum


Artikel kedua disiarkan di Harian Metro ruangan Addin
Alhamdulillah..mendapat khabar dari emelku bahawa artikelku yang kedua bakal dikeluarkan pada hari jumaat (17 Mei 2014)..
Sudah lama berharap dan menanti.Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana hasil usahaku serta rezeki ku hasil karya sendiri sudah diterbitkan.
Terima kasih kepada editor kerana sudi menerbitkan artikel saya serta memberi sedikit tips mengenai penulisan.
Alhamdulillah..Akhirnya selesai sudah assignment untuk subjek Feature Writing..
Maaf..lambat update..Hari ini baru nak kongsi dengan sahabat..Alhamdulillah natijah untuk subjek ini lulus dengan cemerlang..Terima kasih kepada semua yang selalu menyokong saya dalam penulisan ini..



SYUKRAN JAZILAN =)

Takziah MH17

Views
بسم الله الرحمن الرحيم



Kesedihan melanda bumi Malaysia
Tanggal 22 Ogos tarikh keramat
Pertama kali Malaysia berkabung
Memberi penghormatan 
MH 17 menjadi mangsa
Ditembak pihak tidak bertanggungjawab
Alangkah sedihnya
Alangkah pilunya
Alangkah pedihnya hati ini
Mengenang nasib mereka
Ya Allah
Mungkinkah ini satu pengajaran
Buat kami 
Mungkin kami leka di dunia ini
Ya Allah
Kuatkan hati-hati kami
Menimpa musibah yang kau berikan
Mungkin ada hikmah dan hidayah daripadanya
Salam takziah buat mangsa-mangsa MH17
Serta ahli keluarga
Moga roh-roh mereka berada dalam kalangan 
orang-orang beriman 

Al-Fatihah...


SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday 21 August 2014

Kenangan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم





Kenangan
Satu anugerah yang berharga
Sukar untuk dilupakan
Pahit mahupun manis
Semua pemberian daripadaNya
Terima seadanya
Jadikan sebagai kenangan
Biar ia tersimpan dalam sejarah
Terbuku dalam lubuk hati
Menjadi sebuah sanubari
Dan ia bukanlah hanya sebuah mimpi

SYUKRAN JAZILAN =)

Tuesday 19 August 2014

Perasaan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم



Perasaan...
Jangan mudah bermain dengan perasaan
Jangan mudah dipermainkan dengan perasaan
Jangan mudah terpedaya dengan perasaan

Walaupun kadangkala perasaan sering berkata-kata
Berkata-kata  meyakinkan hati dan naluri hati ini
Aku tidak bisa untuk menempuhinya
Kuatkan hati hambaMu ini Ya Rabb

Jauhkan aku dari segala bisikan negatif
Pelihara hati ini
Hati yang selalu mengingati Mu






SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday 13 August 2014

Result

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT





Alhamdulillah..Just nak share rasa syukur dengan sahabat semua..
Baru tadi semak result untuk sem 6..
Alhamdulillah..
Tapi agak kurang sedikit dari sem lepas..
Tapi tak apa.Ini adalah yang terbaik dari Allah..
Boleh cuba lagi..InsyaAllah..kena usaha lebih..
Bukan untuk kejar pointer..
kejar ILMU..
Ilmu bukan pada pointer ye sahabat-sahabat..
Buat sahabat-sahabat yang berjaya Mabruk!!
Yang kurang bernasib baik..
Usaha lagi ^_^
InsyaAllah..beroleh kejayaan

SYUKRAN JAZILAN =)

Tuesday 12 August 2014

Menanti Result

Views
سم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..Ada masa beberapa minit lagi nak semak result final exam..
Ya Allah..Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini..
Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja..
Good luck buat semua sahabat-sahabat..
Apapun keputusan yang kita dapat..
Itulah yang terbaik kita telah lakukan..

SYUKRAN JAZILAN =)

"Ahlan Wasahlan" ke Menara Gading

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..Masih lagi berkesempatan memenuhi ruangan ini..
Cuti semester pun masih berbaki beberapa hari lagi..Nanti bila dah mula sem,takut jarang update ^-^..Gunakan masa dengan sebaik mungkin...

Semalam result UPU ke IPTA  sudah keluar..Ramai adik-adik serta sahabat update status di Facebook tentang kejayaan tawaran yang ditawarkan buat mereka..
Masih tak terlambat lagi untuk sis mengucapkan tahniah dan takziah kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di universiti awam..
Mabruk A'laikum!

Mana-mana yang belum berjaya..La Tahzan..
Mungkin tiada rezeki lagi..Boleh mohon pula ke IPTS..
Dimana tempat kita belajar,menuntut ilmu..InsyaAllah sama sahaja,,Yang penting niat kita dalam menuntut ilmu dan untuk masa depan kita..

Mungkin suasana dan persekitaran universiti berbeza dengan alam persekolahan..So, adik-adik kena biasakan diri dan anggaplah ini sebagai satu cabaran..Sis doakan adik-adik semua  berjaya...Dan cemerlang dalam hidup..
Allah Yuftah A'laikum..

Ada tak adik-adik junior sis atau sahabat-sahabat yang akan melanjutkan pelajaran ke USIM? ^_^
Bolehlah kita bertaaruf nanti ye..AHLAN WASAHLAN ILA USIM..
Atau ada yang nak berkongsi kegembiraan tentang result UPU di ruang komen sis..Silakan ^_^

Inilah USIM..tempat sis study =)




SYUKRAN JAZILAN =)

Jom Penulis Muda!

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..Masih lagi berpeluang meneruskan entry ini..
Dapat info baru mesej dari whassap..
 daripada seorang sahabat tentang program untuk penulis muda macam kita ni ^-^

"Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014" merupakan pertemuan antara penulis seluruh Malaysia tanpa mengira latar belakang penulis.. Program ini juga merupakan julung kalimya diadakan untuk meraikan kepelbagaian latar belakang penulis serta padangan idea yg bernas untuk bidang penulisan di Malaysia..

Sahabat-sahabat boleh layari link ini
 http://www.skpm.net/ untuk maklumat lanjut

Segala perbelanjaan penginapan dan makanan ditanggung oleh pihak penganjur.
Ayuh sahabat kembangkan bakat anda ^-^
InsyaAllah berjaya..



SYUKRAN JAZILAN =)

Monday 11 August 2014

Duhai Wanita Solehah

Views



Jadilah dirimu seperti Siti Khatijah..
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah..
Penawar hati kekasih Allah..
Susah dan senang rela bersama...
Didiklah jiwamu seperti Siti Aishah
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan..
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Tisikan air matamu
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia..
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika engkau marah
Ingin ku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwamu..
Setabah umi Nabi Ismail..Mengendong bayinya yang masih merah..
Mencari air penghilang dahaga..
Diterik padang pasir merah..
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah..
Pengharapannya hanya pada Allah..
Itulah wanita Siti Hajar...

Didiklah dirimu menjadi wanita solehah..
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
Sahabatku.. ku syg kamu… ^_*

SYUKRAN JAZILAN =)

Mencintai Dalam Diam

Views




dalam diam ada..
sesungguhnya ada….
ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..

aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..
terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..

kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…
sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi… 
aku menanti untuk yg halal hadir menjemput diri 
seperti yang ditakdir …

kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani.. 
dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…

SYUKRAN JAZILAN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...