Saturday 31 May 2014

Jaulah Ke Thailand

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Hari ini nak berkongsi sedikit pengalaman jaulahku ke Thailand..Alhamdulllah kami selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.Pengalaman pertama menjejaki kaki ke negara orang amat menerujakanku serta sahabat-sahabat jaulahku yang lain selama 5 hari.

Setelah beberapa bulan kami bertungkus-lumus dalam menyiapkan persediaan untuk ke Thailand. Dan kertas kerja kami juga cepat diluluskan oleh fakulti.Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya dan berpeluang mengikuti program Lawatan Antarabangsa yang harus diikuti oleh setiap students USIM yang mana program ini amat bermanfaat serta dapat memberi pendedahan mengenai perbezaan budaya dan bahasa komunikasi kepada pelajar.

 Alhamdulillah, tujuan dan matlamat kami tercapai. Banyak ilmu serta pengalaman baru yang kami terima. Kami juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak Thailand terutamanya pihak guider dan travel yang banyak membantu kami.

Kami sempat pergi dan melawat beberapa tempat ketika di sana. 
Jom sahabat-sahabat kita lihat apa yang menarik di sana:

1st day: National Broadcasting Tv Station Hat Yai, Thailand

Taklimat daripada National Broadcasting
Suasana di dalam studio rakaman
Sesi bergambar bersama pihak tv station
2nd day: Marine Research Centre




3rd day: Kampung Raamad

Kata-aluan daripada pihak Kampung Raamad
Hasil kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung

kami berpeluang dalam membuat kopi secara tradisional
Alat tradisional yang digunaka untuk memproses padi

4th day: Wanthong Witayya Primary School
Sumbangan dan cendermata daripada pihak USIM kepada sekolah





Singgah di Emerald n Tapoom Poll

5th Day: University Prince of Songkhla

Permandangan library yang sungguh cantik

Suasana pembelajaran pelajar di dalam library

Penerangan mengenai kemudahan yang terdapat di dalam library

Sesi bergambar sebelum pulang ke USIM


Hanya gambar-gambar ini yang dapatku kongsi sera ceritakan.Ada banyak lagi cuma itu simpanan hak terpelihara ^-^..Harap program ini dapat dibuat lagi..Sekiranya ada rezeki dan peluang untuk ke tempat lain..Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program L.A kami ini. ^-^










SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday 28 May 2014

Artikel Pertama Sudah Diterbitkan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum..

Artikel pertamaku sudah keluar..Alhamdulillah..


Alhamdulillah..pagi-pagi lagi sudah mendapat berita gembira daripada kakak senior yang juga merupakan satu fakulti denganku. Tetapi sekarang sedang berpraktikal.
Satu mesej masuk ke dalam inboxku.

Akak:
"Salam..Nadilah, artikel awak sudah keluar di Berita Harian..Tahniah dik.


Me:
"Yeke kak..btul ke..saya tak tengok lagi paper..Tq kak..Tapi ni baru satu artikel..Kena tempuh lagi satu =)"

Akak :
"Akak tahu perasaan awak macamana...Gembira tak terkata =)..Tahniah n good luck"

Me:
"Syukran kak.. =) "

Alhamdulillah..Syukur pada Illahi..Artikel pertama hasil karyaku sudah diterbitkan di ruangan forum Berita Harian kategori kreatif. Perasaan tidak sangka dan tidak percaya.
Artikel baru diemel kemudian editor publish esoknya..
Mungkin ini satu rezeki.Sahabat-sahabatku yang lain sudah lama menghantar.Tapi nasib dan rezeki tidak menyebelahi  mereka.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua,ini adalah salah satu assignment kami untuk subjek Penerbitan dan Penulisan Rencana.

Terima kasih kepada semua yang menyokong..Espescially sahabat-sahabat,emak dan ayah, Madam Suriani serta semuanya..

Ada tips hendak dikongsi dengan sahabat-sahabat mengenai penulisan untuk diterbitkan di mana-mana ruang akhbar atau majalah..Kita tunggu entry seterusnya.. =)





SYUKRAN JAZILAN =)

Tuesday 27 May 2014

Muka Baru..Versi Baru

Views
Assalamualaikum..



Setelah 2 buah blog yang sudahku sign in..Tapi semuanya mempunyai masalah teknikal..
Berharap agar blog versi baruku ini akan konsisten dan tiada sebarang masalah..Walaupun masih sayang terhadap blog-blog yang dulu..Tapi hati ini tetap terus untuk membuat blog baru..
Galakan daripada kawan-kawan agar aku meneruskan dunia blog..Membangkitkan lagi semangat aku untuk bergiat lagi dalam bidang ini..
Sememangnya aku memang meminati dunia penulisan..Tapi aku jadikan ia sebagai satu hobi sahaja..
Hanya blog yang aku rasa setakat ini yang dapat meluaskan bidang penulisanku..

"Dan aku menulis ini adalah sebagai satu ilmu untuk dikongsi bersama.
Menulislah dengan niat yang baik dan bermanfaat..
Menulislah kerana Allah.."

Aku berharap agar satu hari nanti, mungkin aku akan jadi seorang penulis yang berjaya..InsyaAllah..

SYUKRAN JAZILAN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...