Wednesday 31 December 2014

Our Memories..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..
Berkat usaha & komitmen sahabat-sahabat semua..
Program akhir semester 7 bersama sahabat-sahabat sekelas akhirnya terlaksana juga
even ada sedikit masalah-masalah kecil yang timbul..
Dan juga dalam fatrah untuk menghadapi final exam
Kami harungi juga..
JazakaAallahu Khairan Kathiran ^_^


Puisi Buat Sahabat

Sahabat..
Kau datang dari pelbagai negeri
Pelbagai bahasa serta loghat
Juga punya pelbagai ragam
Dan  kita juga ditempatkan di kelas yang sama

Sahabat
Di sinilah aku mengenal erti sebuah persahabatan
Engkau temani hari-hariku
Tika suka mahupun duka
Aku lalui hari-hari bersamamu

Sahabat
Masih ingatkah waktu kita bergurau senda
Namun apakah ia akan berulang kembali?
Adakah kita akan selalu bersama?
Persahabatn kita akan ku pahatkan dalam ingatan

Sahabat
Namun kini kita terpisah dek ruang dan waktu
Segala memori dan ingatan 
Akan terusku kenang dalam ingatan ini
Semua tentang kamu

Sahabat
Andai perkenalan ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

                                                    Ikhlas dari Diela Rahim

Semoga sahabat-sahabat semua berjaya di dunia n akhirat serta mencapai Mardahatillah.
Mohon maaf andai diri ada salah silap samada sengaja ataupun tak sengaja sepanjang perkenalan kita..
Terima kasih atas pertolongan anda semua

Ukhwah fillah till jannah..
Moga kita berjumpa lagi
InsyaAllah..

Hanya mampu share moments  & gambar-gambar yang akan dikenang sebagai kenangan

BBA 2 terbaik..Sweet Memories


Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday 28 December 2014

Pray For Pantai Timur

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Dalam fatrah nak menghadapi final exam, kita dikejutkan dengan isu bencana banjir bagi negeri-negeri pantai timur pahang, kelantan, terengganu n perak. Ya Allah. Diri ini sungguh terkejut dengan berita yang melanda negari-negeri ini.
Banjir yang teruk dan merunsingkan seluruh penduduk Malaysia telah menyebabkan ramai pihak yang bersimpati terhadap mangsa-mangsa banjir ini.

sumber google


Tidak dapat aku bayangakan rumah yang ditenggelamkan oleh air hampir menutupi bumbung, sekolah-sekolah juga turut ditenggelamkan sehingga ke tingkat 3 bangunan sekolah tersebut. Ya Allah sungguh dasyat dugaanMu ini.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini.

Menurut kawan-kawanku yang menjadi mangsa banjir ini, mereka terpaksa bergelap kerana arus elektrik terpaksa diberhentikan. Manakala pula bekalan air terputus menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih serta melakukan aktiviti harian. Malah jalan-jalan penghubung juga terputus dan rosak akibat banjir ini dan menyebabkan mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana.

sumber google


Lebih menyedihkan lagi apabila segala harta benda serta rumah kediaman, kedai-kedai, kilang-kilang serta kemudahan lain hancur dan musnah. Mereka juga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, kawasan tanah tinggi dan ada yang melarikan diri ke bulit-bukit bagi menyelamatkan diri. Sedihnya bila air surut dari banjir, mereka pulang hanya melihat tapak rumah sahaja dan rumah telah musnah atau telah dibawa arus air bah.Bayangkak jika kita berada di situasi mereka.

Alhamdulillah, ramai pihak yang turut turun padang memberi bantuan serta sumbangan dari segi memberi barang keperluan harian, kewangan, makanan serta kerahan tenaga membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

 Semoga kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka serta mereka tabah menghadapi dugaan tersebut. Kami disini juga turut simpati dengan apa yang berlaku. Mohon kita sama-sama tidak putus doa dan melakukan solat hajat demi keselamatan kita semua.


Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday 26 December 2014

Perjuangan belum berakhir....

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Perjuanganku beleum berakhir lagi.
1 lagi fasaku perlu diharungi.
Oh my MUET...


Alhamdulillah..Keluar dah slip..Doakan saya


Moga MUET kali ini dapat dicapai dengan cemerlang
Mohon doakan saya ^_^


SYUKRAN JAZILAN =)

Monday 22 December 2014

Road To Study Week

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Sahabat-sahabat
Musim study week dah tiba..
Inilah saat yang paling digemari oleh semua student 
termasuklah diri ini juga *_*

Kelas serta kuliah tiada
Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini
 untuk pulang ke kampung halaman masing-masing
menghabiskan cuti di sana
Alangkah seronoknya

Mungkin juga yang akan stay di kampus n hostel
Menghabiskan waktu study di sini
& Library adalah tempt sasaran
Bila tiba musim exam
Hebatnya mereka

Dan yang paling menyedihkan 
ini adalah study week terakhir kami 
bagi kami yang final year student
Selepas ini kami tidak akan merasa lagi
biah study di sini

Walau apapun..good luck for all USIM students
Binnajah fi imtihan nihaie
Allah yuftah a'laikum!
InsyaAllah..

SALAM STUDY WEEK



SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday 21 December 2014

Merdeka untuk thesis

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT

Maaf tak sempat nak snap gambar tesis sendiri


ALHAMDULILLAH...
Syukur ke hadrat illahi..
siap & sempurna juga tugasan terakhir sebelum meninggalkan USIM

Setelah 2 sem bertungkus-lumus mencari bahan serta maklumat,
21/12/2014 tarikh keramat tesisku telah selamat dihantar...

Terima kasih 
kepada semua yang telah banyak menyokong serta membantuku  dalam menyiapkan tesis ini..

Especially kedua-dua parentsku Abdul Rahim Bin Bakar &Aida Binti Manap
Lecturer-lecturer yang banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat,
Especially mushrifahku Pn Lubna Abd Rahman.
Banyak meluangkan masa kepada kami..
Syukran kathiran..

Sahabat-sahabat yang banyak membantu serta memberi idea-idea.
Syukran a'laikum..

Moga tesis yang terhasil akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat lain dalam 
menambah pengetahuan...

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday 12 December 2014

Latihan Industri @ Praktikal

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..
Diri ini ingin berkongsi rasa bersyukur kepada sahabat-sahabat semua,

Setelah beberapa minggu menunggu,
akhirnya rezeki untuk  mendapatkan tempat praktikal telah pun diterima.
Even ada beberapa masalah yang dihadapi.

Berkat usaha, doa serta tawakal,
Alhamdulillah kami berempat akan terbang ke Pahang ^_^

Even jauh dari rumah, aku jadikan ini sebagai pengalaman & mungkin juga akan menjadikan aku seorang yang berdikari.
InsyaAllah..

Itu sahaja untuk entry kali ini..
Doakan kejayaan kita bersama & dipermudakan segala urusan..
Ameen

SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday 7 December 2014

Hati Ini..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



hati...
memang susah dijaga
adakala terguris
adakala gembira

sabarlah kau wahai hati
diamkan sahaja diri ini
mencari ketenangan
pedulikan yang lain

wahai sang hati
janganlah kau menangis
moga kau baik-baik sahaja


moga Allah jaga hati ini

SYUKRAN JAZILAN =)

Barakaallahulakum ^-^

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Sedikit perkongsian untuk hari ini..
Buka FB, wall penuh dengan gambar-gambar walimah sahabat-sahabat..

Al-maklumlah, musim cuti sekolah...
masa yang sesuai untuk menguruskan dan mengerjakan walimatul urus

Maaf sahabat..tak dapat hadir pada majlis kalian..
BarakaAllahu lakum =)

ada yang bertanya diri ini bila pula...
x mampu jawab soalan tu..huhu..
belum lagi..*_^
banyak lagi perkara dan tanggungjawab yang lebih penting..
dan still lagi mencari dan menunggu siapakah gerangannya ^-^
ada jodoh..ada la tu..

insyaallah...janji Allah itu pasti..

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday 5 December 2014

Menanti ke Dunia Baru

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT




Alhamdulillah...dapat meluangkan masa dengan ruang ini..
tak nak berceloteh panjang..
just nak share sedikit sahaja dengan sahabat-sahabat..

Rasa tak sangka hanya beberapa bulan lagi diri ini akan menamatkan pelajaran di universiti..insyaallah..
ada rezeki di situ memegang segulung ijazah..

Dalam proses menyiapkan tesis..
Masih menanti tempat praktikal..
Membuat persiapan untuk ke final exam dan juga MUET..
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya...

Selepas ini aku akan melangkah ke dunia baru..
dunia yang mencabar..
Dunia kerjaya..
Moha doa sahabat semua =)
terima kasih...


SYUKRAN JAZILAN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...