Pengikut Setia

Friday, 14 February 2014

Say No To Valentine Day

Views
بسم اللة الرحمن الرحيم
Assalammua'laikum W.B.T
|Valentine's Day|
Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan perihal kasih sayang. Namun, roh perayaan Valentine's Day serta amalannya yang bercampur dengan maksiat adalah bercanggah dengan Islam dan budaya kemelayuan, dalam masa yang sama menghormati kebebasan orang bukan islam menyambut sambutan mereka.

Selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 yang telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day, bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam malahan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian.

" مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ "
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka.” [HR. Abu Dawud]

Dengan ini, MPP USIM tampil mengajak semua mahasiswa khususnya dan masyarakat amnya untuk berwasapada terhadap jerat Valentine's Day.

'USIMIANS Free From Valentine's Day'
 
Contengan- Shared via MPP USIM

SYUKRAN JAZILAN =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...