Tuesday 12 August 2014

"Ahlan Wasahlan" ke Menara Gading

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..Masih lagi berkesempatan memenuhi ruangan ini..
Cuti semester pun masih berbaki beberapa hari lagi..Nanti bila dah mula sem,takut jarang update ^-^..Gunakan masa dengan sebaik mungkin...

Semalam result UPU ke IPTA  sudah keluar..Ramai adik-adik serta sahabat update status di Facebook tentang kejayaan tawaran yang ditawarkan buat mereka..
Masih tak terlambat lagi untuk sis mengucapkan tahniah dan takziah kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di universiti awam..
Mabruk A'laikum!

Mana-mana yang belum berjaya..La Tahzan..
Mungkin tiada rezeki lagi..Boleh mohon pula ke IPTS..
Dimana tempat kita belajar,menuntut ilmu..InsyaAllah sama sahaja,,Yang penting niat kita dalam menuntut ilmu dan untuk masa depan kita..

Mungkin suasana dan persekitaran universiti berbeza dengan alam persekolahan..So, adik-adik kena biasakan diri dan anggaplah ini sebagai satu cabaran..Sis doakan adik-adik semua  berjaya...Dan cemerlang dalam hidup..
Allah Yuftah A'laikum..

Ada tak adik-adik junior sis atau sahabat-sahabat yang akan melanjutkan pelajaran ke USIM? ^_^
Bolehlah kita bertaaruf nanti ye..AHLAN WASAHLAN ILA USIM..
Atau ada yang nak berkongsi kegembiraan tentang result UPU di ruang komen sis..Silakan ^_^

Inilah USIM..tempat sis study =)




SYUKRAN JAZILAN =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...