Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Thursday, 22 January 2015

Hanya PadaMu

Views
Coretan di malam hari
Saat mereka  dibuai mimpi
Dan aku masih lagi terjaga
Masih memikirkan hari- hari
yang bakal mendatang
Impianku
Cita-citaku
Adakah ia hanya khayalan belaka?
Hanya mampu berserah
PadaMu Ya Rabb
Semoga Engkau permudahkan
Segala urusan dan kekeluan ini
Ameen

SYUKRAN JAZILAN =)

Maaf

Views


Maaf
Hanya ungkapan ini mampu ku ucap
Bukan niat untuk ingkarinya
Tetapi
Keadaan tak mengizinkannya

Maaf
Seribu kali maaf ku ucapkan
Harap dapat memahami
Jua mengerti
Atas apa yang terjadi






SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday, 21 January 2015

Resah

Views

Resah

Tak tahu kenapa
Diri ini tak keruan
Fikiran entah kemana


Kembalilah wahai diri
Pandu aku
Bimbing daku

Aku yang kebuntuan
Mengharap mencari
Jalan keluar



SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday, 7 December 2014

Hati Ini..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



hati...
memang susah dijaga
adakala terguris
adakala gembira

sabarlah kau wahai hati
diamkan sahaja diri ini
mencari ketenangan
pedulikan yang lain

wahai sang hati
janganlah kau menangis
moga kau baik-baik sahaja


moga Allah jaga hati ini

SYUKRAN JAZILAN =)

Monday, 11 August 2014

Duhai Wanita Solehah

Views



Jadilah dirimu seperti Siti Khatijah..
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah..
Penawar hati kekasih Allah..
Susah dan senang rela bersama...
Didiklah jiwamu seperti Siti Aishah
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan..
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Tisikan air matamu
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia..
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika engkau marah
Ingin ku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwamu..
Setabah umi Nabi Ismail..Mengendong bayinya yang masih merah..
Mencari air penghilang dahaga..
Diterik padang pasir merah..
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah..
Pengharapannya hanya pada Allah..
Itulah wanita Siti Hajar...

Didiklah dirimu menjadi wanita solehah..
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
Sahabatku.. ku syg kamu… ^_*

SYUKRAN JAZILAN =)

Mencintai Dalam Diam

Views




dalam diam ada..
sesungguhnya ada….
ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..

aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..
terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..

kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…
sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi… 
aku menanti untuk yg halal hadir menjemput diri 
seperti yang ditakdir …

kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani.. 
dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…

SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday, 16 February 2014

DAKWAH

Views
بسم اللة الرحمن الرحيم
Assalammua'laikum W.B.T

Dakwah itu adalah CINTA ,dn Ilmu pula merupakan PENGUAT CINTA . Sampaikanlah CINTA Kepada semua agar diri dicintai-Nya .Dakwah itu indah . :')

SYUKRAN JAZILAN =)

Pecinta Illahi

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
 
Assalammua'laikum W.B.T
Biarkan Allah temukan hati yg mencintai Allah itu dengan hati yg lain, yg mana hati itu jge turut mencintai Allah.....

SYUKRAN JAZILAN =)

Saturday, 15 February 2014

Anugerah

Views
بسم اللة الرحمن الرحيم
 
 Assalammua'laikum W.B.T

Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yg bkn utk diagungkan..
Begitu jge janganlah memandang keburukan suatu kehodohan @ kecelaan. Bersyukurlah atas apa yg dikurniakan kpd kita...
Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan
 

SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday, 13 February 2014

La Tahzan

Views
بسم لله الرحمن الرحيم



"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
                                                                                                      (Surah Al-Insyirah:ayat 5) 
La Tahzan....Allah kan ada :')

SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday, 12 February 2014

CURE

Views


بسم الله الرحمن الرحيم


"Prayer..is the cure for a lost soul..confused mind..n broken heart..."

SYUKRAN JAZILAN =)

UKHWAH

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
 



" Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya "
 ( Imam Al Ghazali )

SYUKRAN JAZILAN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...