Showing posts with label Nukilanku. Show all posts
Showing posts with label Nukilanku. Show all posts

Saturday, 21 February 2015

Sebulan Dah!

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamaulaikum WBT


Alhamdulillah... Nasykuru kathiran ila Allah SWT..
Dapat juga meluahkan sedikit bicara hati di dalam laman ini.
Minggu ini genaplah sebulan. Sebulan apa ye?
Sebulan berpraktikal sahabat-sahabat.
Bukan sebulan benda lain ye =)

Alhamdulillah..
Rasa gembira berada di sini..
Bersama permata-permata yang selalu di dampingi dengan kitab suci Al-Quran.
Hari-hari mengalunkan ayat suci Al-Quran..
Berasa diri ini juga ingin menjadi seperti mereka..

Banyak benda yang dipelajari..
Especially dari segi management...
Layanan yang baik dari staf..
Keperluan serba cukup..

Pada awalnya, diri ini agak malu..
Tetapi lama kelamaan sudah dapat membiasakan diri di tempat ini.
Rasa semakin dekat bersama mereka..
Even tidak selalu mengajar dan selalu bersama mereka..
Aku juga mula ingat dan mengenali satu persatu nama mereka..



Selalu mendengar dan melihat apabila mereka dimarah dan didenda..
Hanya tidak menghantar apa yang dihafal..
Even dimarah dan didenda,..
Tetapi semangat permata-permata ini tetap terus untuk berjuang..
Mencapai matlamat mereka..

Moga ukhwah kita terjalin selamanya..
Kerana nilai ukhwah itu amat bernilai dan bermakna bagiku.
Manisnya ukhwah itu...

Semoga perjalanan sahabat-sahabat perjuanganku sepanjang berpraktikal dipermudahkan..
InsyaAllah..



SYUKRAN JAZILAN =)

Monday, 26 January 2015

1st Day Praktikal (Part 2)

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah..
Hajat dihati ingin menyambung semula mengenai praktikalku di Maahad Tahfiz ini.
Memang besar cabaran bila difikirkan untuk berpraktikal di sini.
Bukan sekolah biasa.
Tetapi ialah Maahad Tahfiz

Dan aku tidak pernah terfikir untuk berpraktikal di sini
Dan mungkin cabaran bagiku
Dan juga mungkin ada hikmah disebalik ini

Mungkin sebelum ini tak berpeluang untuk belajar di tahfiz
Tapi hari ini kaki serta tubuh ini berada di sini
Mungkin seberadanya aku di sini
Aku juga berpeluang untuk menghafal seperti adik-adik ini

Bercerita mengenai skop kerja aku di sini pula
Kami hanya pembantu kepada guru
Kami juga diminta untuk menguruskan hal-hal berkaitan pejabat

Bak kata Mudir di sini
Apabila kamu telah sampai di sini
Ini bermakna kamu telah bersedia
Untuk menerima segala, tugas, amanah serta arahan

Semoga segala urusan kami dipermudahkan
Semoga segala tugas dapat disempurnakan dengan
sempurna dan mendapat hasil yang baik
InsyaAllah


InsyaAllah, if ada kesempatan akan diupdate mengenai kehidupanku di tempat praktikal




SYUKRAN JAZILAN =)

1st Day Praktikal (Part 1)

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah..Always praises to Allah..
Hari-hari yang dinanti dan ditakuti telah pun tiba ^_^
bila buka FB, WeChat, IG..
Penuh dengan status sahabat-sahabat mengenai tempat paraktikal mereka.

Begitu juga aku serta sahabat-sahabat perjuanganku di sini.
Bila diberi job scope, rasa mampukah diri ini untuk memikul semua tanggungjawab yang diberi..
Beginilah alam pekerjaan yang bakal mendatang nanti.
Cabaran, dugaan, tanggungjwab yang bakal dihadapi.
Bersedia untuk berkhidmat walau apa jua tugas yang diberi.

Hari pertama di sini.
Berasa diri ini kerdil sangat.
Hati tenang apabila
Mendengar alunan suara adik-adik ini membaca dan menghafal Al-Quran..
Berasa malu dan tercabar.
Mereka boleh menghafal walau usia masih kecil.
Begitu besar cabaran buat mereka.

Aku terfikir seketika.
Ketika umur begini
Aku masih lagi didakap oleh ibu dan ayah
Bermain-main bersama kawan-kawan
Tetapi mereka
Tidak
Al-Quran menjadi teman sejati mereka
Pedamping setiap masa
Sejuk hati ibu dan ayah mereka

Baiklah, nak tahu cerita seterusnya tunggu malam nanti akan diupdate.
Terima Kasih






SYUKRAN JAZILAN =)

Tuesday, 20 January 2015

Mencari Yang Maha Satu

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT




Terasa diri ini hina dan kerdil
Muhasabah semula apa yang ku lakukan 
Mencari Yang Maha Satu
Perbaiki terapi  diri ini
Moga tidak tersasar dari JalanMu Ya Rabb

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati
(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi 
(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari 
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi 
(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu 




SYUKRAN JAZILAN =)

Monday, 19 January 2015

The Great Wife

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Entry kali ini hanya nak berkongsi sedikit ilmu pengetahuan mengenai buku yang sudah habisku baca.
Actually buku ini telah ku beli sewaktu di USIM pada semester 7 sempena book fair di situ.
Terpandang tajuk serta cover bukunya yang menarik, membuatkan aku telah jatuh hati untuk membelinya..
Ku scanning content serta sinopsis..Amat menarik sekali..

Si Penjual: "Adik belilah couple buku ni sekali, abang bagi RM 10 setiap satu buku..Discount.."
Aku: Oh..The Great Husband..(Ku belek couple buku itu). Tapi bang saya tak de couple lagi.(Aku yang begitu jujur..)
Si Penjual: Tak apa..Nanti boleh hadiahkan pada bakal suami..Kalau dah jumpa nanti..
Aku hanya tersenyum tersipu malu ^-^  n hanya beli satu sahaja..

Siapakah gerangan The Great Wife tu? Jom sahabat-sahabat kita baca kisah di bawah.

 Aisyah RA adalah seorang ikon serta role model yang sangat tepat untuk dijadikan teladan bagi setipa wanita yang mencari kebahagiaan dan ketenangan dunia dan akhirat. Dia adalah seorang yang mendambakan cinta Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada dunia.  Kepintaran serta kecerdasannya juga tidak terlepas pandang oleh para cendiakawan sepanjang zaman. Dia juga banyak terlibat dengan penyabaran risalah Islam.
Aisyah RA merupakan wanita yang menjadi kesayangan Nabi SAW  di antara isteri-isteri Nabi SAW yang lain.. Sudah tentu ada sesuatu yang teristimewa yang terdapat pada dirinya.
Cinta dan kasih sayangnya mampu mengusik jiwa terhadap Rasulullah sehingga membuatkan Siti Khadijah berasa cemburu padanya. 
Kata-katanya juga menjadi petunjuk serta panduan bagi kebanyakan hukum syariat. 
Itulah Aisyah menjadi contoh isteri ideal buat suami, keluarga dan masyarakat dan yang paling penting teladan buat mereka yang bergelar isteri.

Banyak lagi kisah-kisah serta sifat-sifat yang diceritakan di dalam buku ini. Buku ini akan membawa sahabat-sahabat menyelusuri kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW bersama Aisyah RA.Jom kita cuba wujudkan Aisyah di dalam diri kita dan hidupkan cahaya rumah tangga dengan mawaddah wa rahmah yang membawa ke syurga..Untuk yang sudah bergelar isteri mahupun yang bakal menjadi isteri ^_^

Nak baca lebih lanjut, bolehlah beli di kedai-kedai buku berhampiran atau nak pinjam dari saya pun boleh ^_^

"Dia adalah puteri As-Siddiq teman Muhammad.. 
Menjadi pendamping Rasul sepanjang hayat.. 
sumber rujukan sekalian umat..."












Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)
</

SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday, 15 January 2015

Mencari atau Menanti?

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Selamat tahun baru..Masih tak terlambat lagi nak ucap kepada sahabat-sahabat. Sekarang kita sudah buka lembaran baru. Azam serta matlamat barukan.

Actually hari ini just nak share mengenai hati. Bukan untuk berjiwang karat, Tapi ini adalah realiti. Soal jodoh, cinta dan akhirnya ke alam perkahwinan. Al-maklumlah umur sudah makin meningkat. Mungkin ada yang risau siapakah bakal tulang rusuk mereka?Tercari-cari.....

Kita mungkin sedar dan ada yang tak sedar. Allah dah create sebuah kisah cinta untuk setiap makhluknya di atas muka bumi ini. Cuma bezanya waktu serta tempoh perjalanan kisah cinta itu sendiri. Ada orang yang memilih untuk mencari. ada juga yang memilih untuk menunggu. Tapi persoalannya bagaimana? Mencari atau menanti? So depend pada individu itu sendiri.




MENCARI:

-Kita mencari dan berusaha mencari seseorang, kita jumpa tapi bukan dia yang terbaik buat kita.
-Kita berusaha mencari, kita dah ada pilihan sendiri tapi yang mengetuk hati kita bukan dia, tapi orang lain.


 kadang-kadang ada seseorang yang mencintai kita dalam diam , dan dia cuma menghantar isyarat "getar" dalam hati kita melalui Allah . Macam mana ?
Yes , DOA
dan kadang-kadang juga , isi doa mereka adalah sama . Tapi mereka saling tak kenal sesama sendiri . Yang menghubungkan mereka ialah ALLAH



MENANTI:

-Kita  biasa tunggu orang, tapi selalu crush. Suka orang tu then suka yang ini pula. Kita juga selalu stalk si dia. Then one day, kita stalk dia, kita nampak sesuatu yang boleh luluhkan hati kita, Sebegitu sahajakah pengorbanan kita sebab tunggu dia? Bukankah itu menuggu satu yang tak pasti? Allah..Rasa pedih hati ini..

-Kita tunggu seseorang tapi terlalau banyak dugaan ketilka menunggu si dia. Kita tak putus-putus berdoa dengan Allah. Bila sampai waktunya, Allah kabulkan doa kita. Allah sampaikan cinta kita melalui doa. Allah sweetnya.. Nampak tak pertolongan Allah itu. Berkat kesabaran.




Di antara mencari dan menunggu terselit satu perkataan iaitu "DOA". Mana mungkin Allah SWT mengsiakan-siakan hidup dan kisah cinta hanba-hambaNya. Kalaulah cinta itu dapat dilihat. jika ada yang hendak mainkan perasaan kita, of course kita rasa nak cincang-cincang hati dia. 

Hakikatnya cinta itu tak dapat  dilihat tapi dapat dirasai. Tapi bagaimana nak rasa cinta itukan sahabat-sahabat? Kita balas cinta manusia, tapi pernah tak kita balas cinta Allah? Dia yang selama ini tak pernah berhenti walau sesat untuk melihat,menjaga dan melindungi serta menyintai kita. Tak pernah sesaat pun Allah berhenti sahabat-sahabat. Jadi layakkah Dia diperlakukan sebegitu? SubhanaAllah..


Wahai Muslimat, cuba kita muhasabah, wanita adalah kaum yang paling disayangi oleh Allah. Tapi kenapa Allah tunjukkan kepada Rasulullah yang perempuan ini banyak bilangannya di neraka. Kenapa? Disitu kita dapat lihat kecintaan Allah pada kita, punya Dia sayang kita. Sebenarnya Allah dah bagi hint dekat kita yang kita adalah kaum yang paling ramai di neraka.


Dan bila kita mendambakan sudut syurga Allah, pernah tak kita terfikir, adakah kita meletakkan disudut hati kita? Hakikatnya cinta berasal dari kasih sayang Allah. Kadang-kadang Allah beri kita pinjam, kadang-kadang Allah ambil ia kembali. Dan mengapa kita perlu lemah apabila kehilangan cinta orang tersayang? Sedangkan cinta itu sendiri daripada Allah. Lemah tak kalau kita hilang cinta Allah yang paling besar itu? Lupakah kita Allah Maha Kuasa dengan hanya perkataannya "Kun fayakun kun"..





Kita ada aturan yang betul untuk mengenali seseorang. Allah itu tak kejam pada hambaNya, tapi kita sendiri yang kejam pada kisah cinta kita. Kita sendiri yang menentukan kemana arah cinta itu harus pergi. Ke syurga ataupun ke neraka Allah. Allahu Akhbar...

Aku bukan menaip tentang kisah cintaku, tapi ini adalah secara keseluruhannya. Yang itu kenalah rahsiakan ^_^...Allah takkan sia-siakan hidup kita. Percayalah.. Setiap yang berlaku akan berakhir dengan happy ending. InsyaAllah..Biiznillah..

 "Allah is always by your side . Dia takkan pernah tinggalkan kita . Takkan pernah .. jadi balas cinta Allah . Dia dah susun cantik punya baik kisah cinta kita dan jangan sama sekali sia-siakannya"

Dan aku punya kisah tesendiri...Dan masih lagi dalam proses mengenali seseorang ^_^ 



Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday, 1 January 2015

Road to Final Exam..Binnajah!!

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Ni entry last nak update tentang final exam hampir 4 tahun berada di USIM ini,
Sedihnya nak tinggalkan USIM..

Pejam celik dah nak habis kami study di sini.
Alhamdulillah..
Tak lama lagi bakal menjadi seorang graduan yang akan keluar dengan membawa status degree.
Tapi kena bagi pass dulu untuk MUET.
Doakan saya ya sahabat-sahabat..

5 paper je..Rabbi Yassir Wala Tuassir

Do the best to all my friends.
Buat habis baik untuk last sem ini..
Allah Yuftah A'laikum..

Jumpa lagi..Selamat berpraktikal n jumpa di hari konvokesyen..
InsyaAllah..

Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

Wednesday, 31 December 2014

Our Memories..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..
Berkat usaha & komitmen sahabat-sahabat semua..
Program akhir semester 7 bersama sahabat-sahabat sekelas akhirnya terlaksana juga
even ada sedikit masalah-masalah kecil yang timbul..
Dan juga dalam fatrah untuk menghadapi final exam
Kami harungi juga..
JazakaAallahu Khairan Kathiran ^_^


Puisi Buat Sahabat

Sahabat..
Kau datang dari pelbagai negeri
Pelbagai bahasa serta loghat
Juga punya pelbagai ragam
Dan  kita juga ditempatkan di kelas yang sama

Sahabat
Di sinilah aku mengenal erti sebuah persahabatan
Engkau temani hari-hariku
Tika suka mahupun duka
Aku lalui hari-hari bersamamu

Sahabat
Masih ingatkah waktu kita bergurau senda
Namun apakah ia akan berulang kembali?
Adakah kita akan selalu bersama?
Persahabatn kita akan ku pahatkan dalam ingatan

Sahabat
Namun kini kita terpisah dek ruang dan waktu
Segala memori dan ingatan 
Akan terusku kenang dalam ingatan ini
Semua tentang kamu

Sahabat
Andai perkenalan ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

                                                    Ikhlas dari Diela Rahim

Semoga sahabat-sahabat semua berjaya di dunia n akhirat serta mencapai Mardahatillah.
Mohon maaf andai diri ada salah silap samada sengaja ataupun tak sengaja sepanjang perkenalan kita..
Terima kasih atas pertolongan anda semua

Ukhwah fillah till jannah..
Moga kita berjumpa lagi
InsyaAllah..

Hanya mampu share moments  & gambar-gambar yang akan dikenang sebagai kenangan

BBA 2 terbaik..Sweet Memories


Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday, 28 December 2014

Pray For Pantai Timur

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Dalam fatrah nak menghadapi final exam, kita dikejutkan dengan isu bencana banjir bagi negeri-negeri pantai timur pahang, kelantan, terengganu n perak. Ya Allah. Diri ini sungguh terkejut dengan berita yang melanda negari-negeri ini.
Banjir yang teruk dan merunsingkan seluruh penduduk Malaysia telah menyebabkan ramai pihak yang bersimpati terhadap mangsa-mangsa banjir ini.

sumber google


Tidak dapat aku bayangakan rumah yang ditenggelamkan oleh air hampir menutupi bumbung, sekolah-sekolah juga turut ditenggelamkan sehingga ke tingkat 3 bangunan sekolah tersebut. Ya Allah sungguh dasyat dugaanMu ini.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini.

Menurut kawan-kawanku yang menjadi mangsa banjir ini, mereka terpaksa bergelap kerana arus elektrik terpaksa diberhentikan. Manakala pula bekalan air terputus menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih serta melakukan aktiviti harian. Malah jalan-jalan penghubung juga terputus dan rosak akibat banjir ini dan menyebabkan mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana.

sumber google


Lebih menyedihkan lagi apabila segala harta benda serta rumah kediaman, kedai-kedai, kilang-kilang serta kemudahan lain hancur dan musnah. Mereka juga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, kawasan tanah tinggi dan ada yang melarikan diri ke bulit-bukit bagi menyelamatkan diri. Sedihnya bila air surut dari banjir, mereka pulang hanya melihat tapak rumah sahaja dan rumah telah musnah atau telah dibawa arus air bah.Bayangkak jika kita berada di situasi mereka.

Alhamdulillah, ramai pihak yang turut turun padang memberi bantuan serta sumbangan dari segi memberi barang keperluan harian, kewangan, makanan serta kerahan tenaga membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

 Semoga kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka serta mereka tabah menghadapi dugaan tersebut. Kami disini juga turut simpati dengan apa yang berlaku. Mohon kita sama-sama tidak putus doa dan melakukan solat hajat demi keselamatan kita semua.


Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday, 26 December 2014

Perjuangan belum berakhir....

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Perjuanganku beleum berakhir lagi.
1 lagi fasaku perlu diharungi.
Oh my MUET...


Alhamdulillah..Keluar dah slip..Doakan saya


Moga MUET kali ini dapat dicapai dengan cemerlang
Mohon doakan saya ^_^


SYUKRAN JAZILAN =)

Monday, 22 December 2014

Road To Study Week

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Sahabat-sahabat
Musim study week dah tiba..
Inilah saat yang paling digemari oleh semua student 
termasuklah diri ini juga *_*

Kelas serta kuliah tiada
Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini
 untuk pulang ke kampung halaman masing-masing
menghabiskan cuti di sana
Alangkah seronoknya

Mungkin juga yang akan stay di kampus n hostel
Menghabiskan waktu study di sini
& Library adalah tempt sasaran
Bila tiba musim exam
Hebatnya mereka

Dan yang paling menyedihkan 
ini adalah study week terakhir kami 
bagi kami yang final year student
Selepas ini kami tidak akan merasa lagi
biah study di sini

Walau apapun..good luck for all USIM students
Binnajah fi imtihan nihaie
Allah yuftah a'laikum!
InsyaAllah..

SALAM STUDY WEEK



SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday, 21 December 2014

Merdeka untuk thesis

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT

Maaf tak sempat nak snap gambar tesis sendiri


ALHAMDULILLAH...
Syukur ke hadrat illahi..
siap & sempurna juga tugasan terakhir sebelum meninggalkan USIM

Setelah 2 sem bertungkus-lumus mencari bahan serta maklumat,
21/12/2014 tarikh keramat tesisku telah selamat dihantar...

Terima kasih 
kepada semua yang telah banyak menyokong serta membantuku  dalam menyiapkan tesis ini..

Especially kedua-dua parentsku Abdul Rahim Bin Bakar &Aida Binti Manap
Lecturer-lecturer yang banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat,
Especially mushrifahku Pn Lubna Abd Rahman.
Banyak meluangkan masa kepada kami..
Syukran kathiran..

Sahabat-sahabat yang banyak membantu serta memberi idea-idea.
Syukran a'laikum..

Moga tesis yang terhasil akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat lain dalam 
menambah pengetahuan...

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday, 12 December 2014

Latihan Industri @ Praktikal

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah..
Diri ini ingin berkongsi rasa bersyukur kepada sahabat-sahabat semua,

Setelah beberapa minggu menunggu,
akhirnya rezeki untuk  mendapatkan tempat praktikal telah pun diterima.
Even ada beberapa masalah yang dihadapi.

Berkat usaha, doa serta tawakal,
Alhamdulillah kami berempat akan terbang ke Pahang ^_^

Even jauh dari rumah, aku jadikan ini sebagai pengalaman & mungkin juga akan menjadikan aku seorang yang berdikari.
InsyaAllah..

Itu sahaja untuk entry kali ini..
Doakan kejayaan kita bersama & dipermudakan segala urusan..
Ameen

SYUKRAN JAZILAN =)

Sunday, 7 December 2014

Hati Ini..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



hati...
memang susah dijaga
adakala terguris
adakala gembira

sabarlah kau wahai hati
diamkan sahaja diri ini
mencari ketenangan
pedulikan yang lain

wahai sang hati
janganlah kau menangis
moga kau baik-baik sahaja


moga Allah jaga hati ini

SYUKRAN JAZILAN =)

Friday, 5 December 2014

Menanti ke Dunia Baru

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT




Alhamdulillah...dapat meluangkan masa dengan ruang ini..
tak nak berceloteh panjang..
just nak share sedikit sahaja dengan sahabat-sahabat..

Rasa tak sangka hanya beberapa bulan lagi diri ini akan menamatkan pelajaran di universiti..insyaallah..
ada rezeki di situ memegang segulung ijazah..

Dalam proses menyiapkan tesis..
Masih menanti tempat praktikal..
Membuat persiapan untuk ke final exam dan juga MUET..
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya...

Selepas ini aku akan melangkah ke dunia baru..
dunia yang mencabar..
Dunia kerjaya..
Moha doa sahabat semua =)
terima kasih...


SYUKRAN JAZILAN =)

Friday, 22 August 2014

Takziah MH17

Views
بسم الله الرحمن الرحيم



Kesedihan melanda bumi Malaysia
Tanggal 22 Ogos tarikh keramat
Pertama kali Malaysia berkabung
Memberi penghormatan 
MH 17 menjadi mangsa
Ditembak pihak tidak bertanggungjawab
Alangkah sedihnya
Alangkah pilunya
Alangkah pedihnya hati ini
Mengenang nasib mereka
Ya Allah
Mungkinkah ini satu pengajaran
Buat kami 
Mungkin kami leka di dunia ini
Ya Allah
Kuatkan hati-hati kami
Menimpa musibah yang kau berikan
Mungkin ada hikmah dan hidayah daripadanya
Salam takziah buat mangsa-mangsa MH17
Serta ahli keluarga
Moga roh-roh mereka berada dalam kalangan 
orang-orang beriman 

Al-Fatihah...


SYUKRAN JAZILAN =)

Thursday, 21 August 2014

Kenangan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم





Kenangan
Satu anugerah yang berharga
Sukar untuk dilupakan
Pahit mahupun manis
Semua pemberian daripadaNya
Terima seadanya
Jadikan sebagai kenangan
Biar ia tersimpan dalam sejarah
Terbuku dalam lubuk hati
Menjadi sebuah sanubari
Dan ia bukanlah hanya sebuah mimpi

SYUKRAN JAZILAN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...