Sunday 28 December 2014

Pray For Pantai Timur

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Dalam fatrah nak menghadapi final exam, kita dikejutkan dengan isu bencana banjir bagi negeri-negeri pantai timur pahang, kelantan, terengganu n perak. Ya Allah. Diri ini sungguh terkejut dengan berita yang melanda negari-negeri ini.
Banjir yang teruk dan merunsingkan seluruh penduduk Malaysia telah menyebabkan ramai pihak yang bersimpati terhadap mangsa-mangsa banjir ini.

sumber google


Tidak dapat aku bayangakan rumah yang ditenggelamkan oleh air hampir menutupi bumbung, sekolah-sekolah juga turut ditenggelamkan sehingga ke tingkat 3 bangunan sekolah tersebut. Ya Allah sungguh dasyat dugaanMu ini.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini.

Menurut kawan-kawanku yang menjadi mangsa banjir ini, mereka terpaksa bergelap kerana arus elektrik terpaksa diberhentikan. Manakala pula bekalan air terputus menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih serta melakukan aktiviti harian. Malah jalan-jalan penghubung juga terputus dan rosak akibat banjir ini dan menyebabkan mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana.

sumber google


Lebih menyedihkan lagi apabila segala harta benda serta rumah kediaman, kedai-kedai, kilang-kilang serta kemudahan lain hancur dan musnah. Mereka juga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, kawasan tanah tinggi dan ada yang melarikan diri ke bulit-bukit bagi menyelamatkan diri. Sedihnya bila air surut dari banjir, mereka pulang hanya melihat tapak rumah sahaja dan rumah telah musnah atau telah dibawa arus air bah.Bayangkak jika kita berada di situasi mereka.

Alhamdulillah, ramai pihak yang turut turun padang memberi bantuan serta sumbangan dari segi memberi barang keperluan harian, kewangan, makanan serta kerahan tenaga membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

 Semoga kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka serta mereka tabah menghadapi dugaan tersebut. Kami disini juga turut simpati dengan apa yang berlaku. Mohon kita sama-sama tidak putus doa dan melakukan solat hajat demi keselamatan kita semua.


Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...