Pengikut Setia

Monday, 26 January 2015

1st Day Praktikal (Part 2)

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah..
Hajat dihati ingin menyambung semula mengenai praktikalku di Maahad Tahfiz ini.
Memang besar cabaran bila difikirkan untuk berpraktikal di sini.
Bukan sekolah biasa.
Tetapi ialah Maahad Tahfiz

Dan aku tidak pernah terfikir untuk berpraktikal di sini
Dan mungkin cabaran bagiku
Dan juga mungkin ada hikmah disebalik ini

Mungkin sebelum ini tak berpeluang untuk belajar di tahfiz
Tapi hari ini kaki serta tubuh ini berada di sini
Mungkin seberadanya aku di sini
Aku juga berpeluang untuk menghafal seperti adik-adik ini

Bercerita mengenai skop kerja aku di sini pula
Kami hanya pembantu kepada guru
Kami juga diminta untuk menguruskan hal-hal berkaitan pejabat

Bak kata Mudir di sini
Apabila kamu telah sampai di sini
Ini bermakna kamu telah bersedia
Untuk menerima segala, tugas, amanah serta arahan

Semoga segala urusan kami dipermudahkan
Semoga segala tugas dapat disempurnakan dengan
sempurna dan mendapat hasil yang baik
InsyaAllah


InsyaAllah, if ada kesempatan akan diupdate mengenai kehidupanku di tempat praktikal




SYUKRAN JAZILAN =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...