Thursday 15 January 2015

Mencari atau Menanti?

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Selamat tahun baru..Masih tak terlambat lagi nak ucap kepada sahabat-sahabat. Sekarang kita sudah buka lembaran baru. Azam serta matlamat barukan.

Actually hari ini just nak share mengenai hati. Bukan untuk berjiwang karat, Tapi ini adalah realiti. Soal jodoh, cinta dan akhirnya ke alam perkahwinan. Al-maklumlah umur sudah makin meningkat. Mungkin ada yang risau siapakah bakal tulang rusuk mereka?Tercari-cari.....

Kita mungkin sedar dan ada yang tak sedar. Allah dah create sebuah kisah cinta untuk setiap makhluknya di atas muka bumi ini. Cuma bezanya waktu serta tempoh perjalanan kisah cinta itu sendiri. Ada orang yang memilih untuk mencari. ada juga yang memilih untuk menunggu. Tapi persoalannya bagaimana? Mencari atau menanti? So depend pada individu itu sendiri.




MENCARI:

-Kita mencari dan berusaha mencari seseorang, kita jumpa tapi bukan dia yang terbaik buat kita.
-Kita berusaha mencari, kita dah ada pilihan sendiri tapi yang mengetuk hati kita bukan dia, tapi orang lain.


 kadang-kadang ada seseorang yang mencintai kita dalam diam , dan dia cuma menghantar isyarat "getar" dalam hati kita melalui Allah . Macam mana ?
Yes , DOA
dan kadang-kadang juga , isi doa mereka adalah sama . Tapi mereka saling tak kenal sesama sendiri . Yang menghubungkan mereka ialah ALLAH



MENANTI:

-Kita  biasa tunggu orang, tapi selalu crush. Suka orang tu then suka yang ini pula. Kita juga selalu stalk si dia. Then one day, kita stalk dia, kita nampak sesuatu yang boleh luluhkan hati kita, Sebegitu sahajakah pengorbanan kita sebab tunggu dia? Bukankah itu menuggu satu yang tak pasti? Allah..Rasa pedih hati ini..

-Kita tunggu seseorang tapi terlalau banyak dugaan ketilka menunggu si dia. Kita tak putus-putus berdoa dengan Allah. Bila sampai waktunya, Allah kabulkan doa kita. Allah sampaikan cinta kita melalui doa. Allah sweetnya.. Nampak tak pertolongan Allah itu. Berkat kesabaran.




Di antara mencari dan menunggu terselit satu perkataan iaitu "DOA". Mana mungkin Allah SWT mengsiakan-siakan hidup dan kisah cinta hanba-hambaNya. Kalaulah cinta itu dapat dilihat. jika ada yang hendak mainkan perasaan kita, of course kita rasa nak cincang-cincang hati dia. 

Hakikatnya cinta itu tak dapat  dilihat tapi dapat dirasai. Tapi bagaimana nak rasa cinta itukan sahabat-sahabat? Kita balas cinta manusia, tapi pernah tak kita balas cinta Allah? Dia yang selama ini tak pernah berhenti walau sesat untuk melihat,menjaga dan melindungi serta menyintai kita. Tak pernah sesaat pun Allah berhenti sahabat-sahabat. Jadi layakkah Dia diperlakukan sebegitu? SubhanaAllah..


Wahai Muslimat, cuba kita muhasabah, wanita adalah kaum yang paling disayangi oleh Allah. Tapi kenapa Allah tunjukkan kepada Rasulullah yang perempuan ini banyak bilangannya di neraka. Kenapa? Disitu kita dapat lihat kecintaan Allah pada kita, punya Dia sayang kita. Sebenarnya Allah dah bagi hint dekat kita yang kita adalah kaum yang paling ramai di neraka.


Dan bila kita mendambakan sudut syurga Allah, pernah tak kita terfikir, adakah kita meletakkan disudut hati kita? Hakikatnya cinta berasal dari kasih sayang Allah. Kadang-kadang Allah beri kita pinjam, kadang-kadang Allah ambil ia kembali. Dan mengapa kita perlu lemah apabila kehilangan cinta orang tersayang? Sedangkan cinta itu sendiri daripada Allah. Lemah tak kalau kita hilang cinta Allah yang paling besar itu? Lupakah kita Allah Maha Kuasa dengan hanya perkataannya "Kun fayakun kun"..





Kita ada aturan yang betul untuk mengenali seseorang. Allah itu tak kejam pada hambaNya, tapi kita sendiri yang kejam pada kisah cinta kita. Kita sendiri yang menentukan kemana arah cinta itu harus pergi. Ke syurga ataupun ke neraka Allah. Allahu Akhbar...

Aku bukan menaip tentang kisah cintaku, tapi ini adalah secara keseluruhannya. Yang itu kenalah rahsiakan ^_^...Allah takkan sia-siakan hidup kita. Percayalah.. Setiap yang berlaku akan berakhir dengan happy ending. InsyaAllah..Biiznillah..

 "Allah is always by your side . Dia takkan pernah tinggalkan kita . Takkan pernah .. jadi balas cinta Allah . Dia dah susun cantik punya baik kisah cinta kita dan jangan sama sekali sia-siakannya"

Dan aku punya kisah tesendiri...Dan masih lagi dalam proses mengenali seseorang ^_^ 



Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)

SYUKRAN JAZILAN =)

5 comments :

  1. Nice entri.. Papaglamz Menanti berdoa jer. Last2 dpt berita dr mak nk jodoh kn Papaglamz ngan jiran sekampung. Papaglamz follow je la. Alhamdulillah kami bahagia. Usia perkahwinan setahun 5 bln dpt anak sorang. Tapi truely kami masih mood berkenalan lagi. Macam2 benda nak kena merge.
    Pjgnye komen.. Heehehe :p
    (Dtg dr group sahabat blogger fb)
    -sekian-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah Papaglamz..
      Wah..menariknya kisah tu..
      Menanti n then terus berdoa..
      Semoga bahagia hingga akhir hayat =)

      Delete
  2. Semoga sis sentiasa bahagia bersama insan tersayang...;) salam ukhuwah....

    ReplyDelete
  3. Selamat berbahagia sis.
    Entri yang bermanfaat untuk dikongsi bersama ;-)

    ReplyDelete
  4. satu ketika dulu.. kakak pernah MENCARI.. dan dah jumpa.. alhamdulilah.. janji ibarat siulan burung.. hahaha~ indah.. merdu.. tapi.. kita merancang.. Allah SWT juga merancang.. dan sebaik-baik perancang.. kami tiada jodoh.. dan membawa haluan masing-masing..

    sampai satu saat.. kakak malas MENCARI.. putus asa.. dan kakak amik keputusan hanya MENANTI.. dan penantian kakak rupanya tak lama.. kakak bercinta lepas nikah.. dan Allah SWT yang maha perancang itu.. menghadiahkan kakak imam yang jauh lebih baik..

    dalam MENANTI.. seiringkan dengan doa dik.. hee~
    semoga bahagia menanti..
    in shaa Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...