Monday 19 January 2015

The Great Wife

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT



Entry kali ini hanya nak berkongsi sedikit ilmu pengetahuan mengenai buku yang sudah habisku baca.
Actually buku ini telah ku beli sewaktu di USIM pada semester 7 sempena book fair di situ.
Terpandang tajuk serta cover bukunya yang menarik, membuatkan aku telah jatuh hati untuk membelinya..
Ku scanning content serta sinopsis..Amat menarik sekali..

Si Penjual: "Adik belilah couple buku ni sekali, abang bagi RM 10 setiap satu buku..Discount.."
Aku: Oh..The Great Husband..(Ku belek couple buku itu). Tapi bang saya tak de couple lagi.(Aku yang begitu jujur..)
Si Penjual: Tak apa..Nanti boleh hadiahkan pada bakal suami..Kalau dah jumpa nanti..
Aku hanya tersenyum tersipu malu ^-^  n hanya beli satu sahaja..

Siapakah gerangan The Great Wife tu? Jom sahabat-sahabat kita baca kisah di bawah.

 Aisyah RA adalah seorang ikon serta role model yang sangat tepat untuk dijadikan teladan bagi setipa wanita yang mencari kebahagiaan dan ketenangan dunia dan akhirat. Dia adalah seorang yang mendambakan cinta Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada dunia.  Kepintaran serta kecerdasannya juga tidak terlepas pandang oleh para cendiakawan sepanjang zaman. Dia juga banyak terlibat dengan penyabaran risalah Islam.
Aisyah RA merupakan wanita yang menjadi kesayangan Nabi SAW  di antara isteri-isteri Nabi SAW yang lain.. Sudah tentu ada sesuatu yang teristimewa yang terdapat pada dirinya.
Cinta dan kasih sayangnya mampu mengusik jiwa terhadap Rasulullah sehingga membuatkan Siti Khadijah berasa cemburu padanya. 
Kata-katanya juga menjadi petunjuk serta panduan bagi kebanyakan hukum syariat. 
Itulah Aisyah menjadi contoh isteri ideal buat suami, keluarga dan masyarakat dan yang paling penting teladan buat mereka yang bergelar isteri.

Banyak lagi kisah-kisah serta sifat-sifat yang diceritakan di dalam buku ini. Buku ini akan membawa sahabat-sahabat menyelusuri kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW bersama Aisyah RA.Jom kita cuba wujudkan Aisyah di dalam diri kita dan hidupkan cahaya rumah tangga dengan mawaddah wa rahmah yang membawa ke syurga..Untuk yang sudah bergelar isteri mahupun yang bakal menjadi isteri ^_^

Nak baca lebih lanjut, bolehlah beli di kedai-kedai buku berhampiran atau nak pinjam dari saya pun boleh ^_^

"Dia adalah puteri As-Siddiq teman Muhammad.. 
Menjadi pendamping Rasul sepanjang hayat.. 
sumber rujukan sekalian umat..."












Sahabat semua boleh LIKE FANPAGE SCQ BLOG. Tekan LIKE di bawah ni :)
</

SYUKRAN JAZILAN =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...